fbpx

KENAPA PENTING SANGAT DATABASE TU?

Made Online Business Easy

KENAPA PENTING SANGAT DATABASE TU?

Kalau perasan, sejak akahir-akhir ni, ramai yang menyarankan jaga database pelanggan kita tu elok- elok sebab itulah yang akan beri kita jualan terbanyak.

Ada juga yang katakan ‘Database is a new oil’. Dasyat sangat sekarang ni sampai begitu tahapnya orang jaga database ni.

Tapi, ada sesetengah peniaga yang tak faham, apa yang penting sangat database tu? Kalau orang tak close, kita buat lah iklan lagi, cari pelanggan baru. Itulah yang kita rotate dari hari sehari untuk survive dalam perniagaan kita.

Baiklah, isunya begini, sebagai seorang peniaga, adalah menjadi tugas kita untuk sentiasa mencari jalan agar dapat mengurangkan kos setiap hari.

Setiap hari, kos pemasaran mesti dilaburkan bagi menarik orang ramai untuk bertanya atau membeli produk kita. Kos ini amat tinggi kerana kita hendak menghantarkan mesej tentang perniagaan kita kepada ramai orang.

Dan perlu diingat bahawa bukan semua orang akan berminat dengan produk kita. Maka, database yang kita kutip nanti akan dibahagikan kepada dua :

  1. Database yang sudah membeli
  2. Database yang masih belum membeli ( Prospek)

Untuk database yang sudah membeli, inilah yang perlu kita jaga sebaik mungkin sebab kita akan sentiasa memastikan feedback dan servis daripada produk kita itu memuaskan hati mereka. Kita juga nak memastikan pelanggan sedia ada ini boleh membeli lagi dengan kita untuk produk seterusnya ataupun produk baru yang kita akan lancarkan nanti.

Manakala database yang belum membeli atau prospek ini, jangan sesekali buang dan buat tak tahu sahaja. Ada kemungkinan selepas 3 bulan atau 6 bulan kemudian, dia akan membeli semula daripada kita. Tujuan utama kita adalah ingin mengurangkan kos pemasaran kita. Ini kerana, pada satu tahap, kos pemasaran itu akan berkurangan sedikit demi sedikit apabila tahap jenama perniagaan kita semakin matang dan dikenali ramai.

Jika anda pernah mendengar konsep Paretto 80:20 yang bermaksud 80% daripada pendapatan kita datangnya daripada 20% pelanggan kita yang sedia ada. Ini bermaksud, pentingnya untuk kita sentiasa menjaga pelanggan yang ada dan bina pelanggan setia yang akan sering meningkatkan jenama dan jualan perniagaan kita

Tags: , , , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign up to our newsletter!

WhatsApp WhatsApp Kami