fbpx

JIWA DALAM PERNIAGAAN

Made Online Business Easy

JIWA DALAM PERNIAGAAN

Sepanjang pengalaman dalam berniaga, memang ada banyak yang orang katakan strategi dan formula untuk berjaya itu sangat penting.

Kita perlukan tentukan KPI, data analisis dan juga nombor yang mesti kita ketengahkan dalam nak memastikan perniagaan kita berjaya.

Tetapi, ada satu perkara yang kadang-kadang orang terlepas pandang. ‘JIWA’ dalam perniagaan itu. Sesuatu yang kita tak nampak, tetapi ia hidup di sekeliling kita.

Bila kita nak kenalkan perniagaan, produk atau jenama kita, ada orang yang akan bertanya, siapa yang buat ni? Siapa pemilik dia? Siapa boss besar dia? Soalan-soalan biasa yang pelanggan akan tanya.

Ada sesetengah pemilik perniagaan memang malu nak ke depan mengaku itu produk dia. Taknak ‘enter frame’ katanya. Taknak terkenal sangat. Nanti susah.

Tak nak terkenal takpe, tapi jangan biarkan perniagaan kita terkontang kanting tanpa pengemudi yang setia. Kita yang nak bangunkan perniagaan ni, kita pemiliknya, kita kena letakkan kepercayaan kita terhadap perniagaan itu 100%. Malah mungkin lebih 1000% !

Bilaman orang tak percaya dengan perniagaan kita, siapa yang nak bangun dan pertahankan ? Bila orang mencemuh dan merendahkan keupayaan produk kita, siapa yang perlu gagah berdiri dan menaikkannya semula supaya setanding dengan produk antarabangsa di luar.

Ada pihak yang kadang-kadang memang kurang yakin dengan keupayaan produk tempatan, bila disebut tentang produk tempatan, kualitinya tak bagus. Tak boleh nak dipercayai.

Ini pemikiran biasa. Memang sejak dari dulu lagi, memang dah ditanamkan produk lokal ni tak bagus, kualiti kurang. Perlukan usaha lebih sikit untuk kita didik masyarakat bahawa zaman sekarang bukan lagi macam zaman dahulu, kita dah boleh bangun dan maju setanding dengan produk barat.

Jadi, kepercayaan, keyakinan dan azam yang tinggi dengan produk kita tu kadang-kadang jauh lebih penting daripada nombor dan juga analisis pasaran. Kita punya produk, kita punya ‘baby’, siapa lagi yang nak naikkan kalau bukan kita. JIWA kita perlu hidup, perlu gagah dan perlu berdiri gah setanding dengan cita-cita kita yang tinggi bak gunung Everest.

Tags: , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign up to our newsletter!

WhatsApp WhatsApp Kami
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Secara Terus Di Whatsapp?
Powered by