fbpx

7 Cara Dapatkan Modal Untuk Bisnes

Made Online Business Easy

7 Cara Dapatkan Modal Untuk Bisnes

Nak jadi hero perlu ada modal. Salah satu cabaran kepada usahawan kita adalah modal. Memang modal bukan segalanya tapi merupakan salah satu faktor penyumbang yang boleh mempercepatkan perkembangan bisnes.
.
Logiknya Bumiputera perlukan modal yang efektif untuk berniaga. Mahu buka bisnes bernilai RM50,000 perlu ada wang tunai RM150,000. RM50,000 untuk bisnes, bakinya untuk pengurusan, pemasaran dan modal menghadapi pelbagai masalah dalam perniagaan.
.
Artikel ini akan menyenaraikan beberapa program bantuan kewangan yang telah diwujudkan oleh kerajaan yang dapat membantu usahawan IKS mengembangkan perniagaan mereka serta membantu individu-individu yang baru hendak memulakan perniagaan.
.
Bentuk bantuan kewangan ini juga pelbagai dan kebanyakannya tidak melibatkan penjamin, tidak memerlukan cagaran, boleh distruktur mengikut projek dan risiko yang rendah.
.
1. Soft Loan Schemes for Service Sector (SLSSS)
oleh Malaysia Industrial Development Finance Berhad (MIDF)
Program ini menyediakan bantuan pembiayaan untuk:
.
Syarikat baru – mencipta usahawan dalam bidang perkhidmatan yang baru;
Pengembangan / menaik taraf / pemodenan / kepelbagaian bagi penyedia perkhidmatan sedia ada ke dalam aktiviti nilai ditambah yang lebih tinggi dan meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan.
.
Kriteria untuk memohon: Syarikat yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965, 60% ekuiti oleh rakyat Malaysia, mempunyai premis yang sah.
Jumlah pembiayaan sehingga RM 5 juta dan kadar faedah untuk IKS ialah 4.0%.
Website dan nombor telefon: www.midf.com.my / 603 – 2173 8888
.
2. Soft Loan for SMEs (SLSME)
oleh Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF)
.
Program ini memberikan bantuan terhadap projek, aset tetap dan pembiayaan modal kerja kepada syarikat yang baru bermula dan syarikat yang telah sedia wujud. Selain itu ianya juga membantu IKS yang beroperasi di premis yang tidak berlesen untuk memindahkan operasi mereka ke tapak atau premis yang sah.
.
Kriteria untuk memohon:
Syarikat yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965, 60% ekuiti oleh rakyat Malaysia, mempunyai premis yang sah.Jumlah pembiayaan:
Projek: jumlah pembiayaan sehingga RM5 juta
Aset tetap: jumlah pembiayaan sehingga RM 5 juta
Pembiayaan modal kerja: jumlah pembiayaan sehingga RM 3 juta
Perkakasan dan perisian Teknologi maklumat: pembiayaan sehingga RM 500,000
Kadar faedah ialah sebanyak 4.0%
Website dan nombor telefon: www.midf.com.my / 603 – 2173 8888
.
3. Bumiputera Enterprise Enhancement Programme (BEEP)
oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp. Malaysia)
.
Program ini diwujudkan bertujuan untuk membangunkan usahawan IKS Bumiputera yang mempunyai potensi di seluruh Malaysia. Melalui program ini, usahawan IKS Bumiputera yang terpilih akan diberikan pakej yang komprehensif merangkumi bantuan kewangan dan khidmat nasihat.
.
Kriteria untuk memohon:

Berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 / Pendaftaran Perniagaan 1956
Memenuhi kriteria IKS
100% dimiliki oleh Bumiputera
Mempunyai lesen premis perniagaan yang sah
SCORE (minimum 1 bintang) atau MCORE (Tahap minimum 2)
Telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan
Jumlah pembiayaan ialah 50% daripada jumlah projek atau sehingga RM500,000
Website dan nombor telefon: www.smecorp.gov.my / 603 – 2775 6000
.
4. Business Start-Up Fund (BSF)
oleh Malaysian Technology Development Corporation (MTDC)
.
Program ini bertujuan untuk menggalakkan dan memudahkan pertumbuhan usahawan teknologi dan syarikat yang baru memulakan perniagaan.
Kriteria untuk memohon:
.
Syarikat yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965
Minimum 70% ekuiti dimiliki oleh seorang usahawan Malaysia atau sekumpulan usahawan
Teknologi yang dicadangkan untuk dikomersialkan mestilah dari salah satu Kluster Teknologi Keutamaan
Produk mestilah penting dalam pembaharuan / inovasi.Jumlah pembiayaan:
Pembiayaan fleksibel melalui Nota Pertukaran (CN) dan / atau Saham Keutamaan maksimum sebanyak RM5.0 juta atau 90% daripada kos projek yang diiktiraf atau yang mana lebih rendah.
Tempoh bayaran balik CN dari bulan pertama tahun ke 4 secara bulanan dalam tempoh 5 tahun.
Website dan nombor telefon: www.mtdc.com.my / 603 – 2172 6000
.
5. Rural Economy Funding Scheme (SPED)
oleh Bank Kerjasama Rakyat / SME Bank
.
Program ini menyediakan pembiayaan bagi usahawan IKS luar bandar dalam bidang pembuatan, perkhidmatan, pertanian dan pelancongan luar bandar.
.
Kriteria untuk memohon:
Perniagaan adalah 100% milik Bumiputera
Perniagaan didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Memperoleh lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan
Keutamaan bagi perniagaan yang terletak di kawasan luar bandar
Usahawan terlibat dalam perniagaan secara sepenuh masa
Premis perniagaan dipisahkan dari premis kediaman.
.
Sekiranya premis perniagaan ditubuhkan di atas tanah yang tidak dimiliki oleh pemohon, persetujuan pemilik tanah hendaklah diperoleh dan kelulusan dari Pihak Berkuasa Tempatan / ‘Pentadbiran Tanah Daerah’ (bagi tanah milik Kerajaan)
.
Usahawan atau syarikat tidak pernah memperoleh pembiayaan daripada bank atau institusi kewangan lain dan pembiayaan lain yang melebihi RM250,000.00 (tidak termasuk pembiayaan untuk rumah pertama). Walau bagaimanapun, pembiayaan SPED masih boleh digunakan jika pembiayaan tersebut telah dibayar sekurang-kurangnya 75%
.
Pemohon tidak berusia lebih 60 tahun.Jumlah pembiayaan:
RM20,000.00 sehingga maksimum RM250,0000.00 (untuk usahawan yang beroperasi kurang dari 3 tahun)
RM20,000.00 sehingga maksimum RM500,000.00 (untuk usahawan yang beroperasi lebih dari 3 tahun)
Website dan nombor telefon: www.smebank.com.my / 603 – 2615 2020 dan www.bankrakyat.com.my / 1 – 300 – 88 – 12265
.
6. Skim Pembiayaan Mudah Jaya (SPiM)
oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Skim ini menyediakan kemudahan pembiayaan kewangan kepada usahawan Bumiputera di Malaysia.
.
Kriteria untuk memohon:
Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera yang berusia 18 tahun ke atas
Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
Mempunyai lesen / permit / surat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan perniagaan tersebut
Dapat menyumbangkan modal sendiri tidak kurang 10% daripada kos projek
Usahawan hendaklah melibatkan diri sepenuh masa dalam perniagaanJumlah pembiayaan:
Syarikat Milikan Tunggal/Perkongsian : RM 250,000.00
Syarikat Sendirian Berhad : RM 500,000.00
Website dan nombor telefon: mara.gov.my / 603 – 2613 2000
.
7. Micro Enterprise Fund (MEF)
oleh Bank Negara Malaysia (BNM)
Program ini diwujudkan untuk menyediakan akses berterusan terhadap pembiayaan kewangan terutamanya untuk IKS.
.
Kriteria untuk memohon:
Warganegara Malaysia
Ahli koperasi / Persatuan Penjaja dan Penjaja
Pemilik tunggal, perkongsian, syarikat sendirian berhad
Berusia 18 tahun dan tidak melebihi 65 tahun apabila tempoh pembiayaan berakhir
Menetap di kawasan operasi perniagaan
Jumlah pembiayaan dari RM 1,000 sehingga RM 50,000
Website dan nombor telefon: www.bnm.gov.my / 603 – 2698 8044
.
Ramai tak tahu sebenarnya banyak lagi program-program yang telah diwujudkan untuk membantu para usahawan IKS untuk terus mengembangkan perniagaan mereka dan meneruskan kelestarian dalam perniagaan yang diceburi.
.
Sumber: Majalah Labur

NOTA : Untuk Anda Yang menjalankan perniagaan online, dan menguruskan jualan anda melalui aplikasi whatsapp atau social messenger yang lain, boleh download aplikasi senangKIRA yang khas untuk membantu anda uruskan jualan di social messenger. Boleh Download aplikasi tersebut DISINI

Tags: ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign up to our newsletter!

WhatsApp WhatsApp Kami